Want your
own Fotopage?








 
Nor Hisham's FotoPage

By: Nor Hisham Yusoff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Mar-2009 00:23 Email | Share | | Bookmark
Perarakan Maulidurrasul 2009

 
 
Pada 9 Mac 2009 pasukan SM SAINS MIRI telah mengikuti perarakan maulidurrasul yang telah diadakan di Dewan Suarah Miri.Walaupun dalam keadaan hujan yang renyai-renyai majoriti peserta yang mengambil bahagian tetap bersemangat untuk meneruskan perarakan yang pada mulanya dibatalkan. Dalam pertandingan perarakan tersebut SM SAINS MIRI telah mendapat tempat ketiga bagi kategori Sepanduk,kategori lain tidak mendapat tempat. Apa-apa pun tujuan sebenar diadakan perarakan tersebut bukanlah untuk menang dalam pertandingan tersebut tetapi untuk mengingati sejarah perjuangan Rasullullah S.A.W dalam mengembangkan ajaran agama islam.Tema pada tahun ini ialah Wahdah Pemangkin Khaira Ummah.

Add comment


Wednesday, 28-Jan-2009 15:29 Email | Share | | Bookmark
Lahirmu Ke Dunia Anugerah Ilahi

Pada 22 hb Jan yang lalu anakku yang kedua juga perempuan (Norafia Zafira) telah selamat dilahirkan ke dunia lebih kurang jam 9.30 malam..rupanya seiras kakaknya Norizyan Farisha..syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan zuriat yang kedua bagiku dan memberi kesihatan yang berpanjangan kepada isteriku..semoga keluargaku bertambah ceria dengan kehadiran baby yang comel ini..Anugerah dari tuhan yang tidak ternilai ini akan ku semai dengan benih-benih kasih sayang,ku sirami dengan ilmu di dada dan ku bajai dengan peribadi yang mulia serta ku tuai akhirnya menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat kelak,wallah hualam..

Add comment


Saturday, 25-Oct-2008 10:27 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS GRADUASI SAINSRI 2008

 
 
 
View all 6 photos...
Pada hari ini telah diadakan MAJLIS GRADUASI bagi meraikan para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh wakil PPG dan telah dihadiri ibu bapa serta tetamu jemputan. Majlis diakhiri dengan persembahan khas daripada pelajar tingkatan 5 dan selepas jamuan majlis telah bersurai.

jom layari http://shamazafsainsri.blogspot.com Sat 10-Jan-2009 13:08
Posted by:shamazaf  - [Link]
jom layari http://shamazafsainsri.blogspot.com Sat 10-Jan-2009 13:09
Posted by:shamazaf  - [Link]
waaahhh...ustaz azhar maseh juak kat cya...aweesomeee...
uztaz...hikhik...kmk la byk molah dajal kat skul dolok...sowie byk2...hikhik...
Thu 30-Jun-2011 02:50
Posted by:ashikin shafiee
View all 6 comments Add comment


Sunday, 28-Sep-2008 18:47 Email | Share | | Bookmark
Majlis Restu Ilmu PMR 2008

 
 
 
View all 6 photos...

Add comment


Tuesday, 19-Aug-2008 04:10 Email | Share | | Bookmark
Sama Tapi Tak Serupa

 
SAMA TAPI TAK SERUPA..GAMBAR INI DIAMBIL SEWAKTU AKU MASIH KECIL TAPI TAK INGAT BERAPA UMURKU WAKTU ITU..HAMPIR SAMA KAN?..BEGITULAH PERSAMAAN AKU DENGAN ANAKKU FARISHA..ANAK BAPAK KATAKAN..


hang ni macam pompuan la masa kecikdulu !! Tue 19-Aug-2008 14:20
Posted by:musafir sufi  - [Link]
Add comment


Monday, 18-Aug-2008 13:34 Email | Share | | Bookmark
Kerja Meruntuhkan Bangunan Lama

 
 
Hari ini aku berkesempatan menyaksikan bagaimana 3 buah jentera berat meruntuhkan bangunan lama di depan pasar ikan/sayur di Miri secara kebetulan sewaktu keluar ke pasar awal pagi tadi..Rupa-rupanya begitu mudah sekali manusia meruntuhkan bangunan sedangkan kalau difikir masa yang diambil begitu lama untuk menyiapkan satu-satu bangunan..Peristiwa ini disaksikan oleh ramai manusia yang lalu lalang kat situ termasuk wartawan pun ada datang waktu itu tapi tak tahu dari akhbar mana..Setibanya di rumah aku terfikir bagaimanakah pula dengan manusia yang meruntuhkan IMAN mereka?..
Membina kekuatan diri bukanlah satu yang mudah. Kehidupan adalah guru yang terbaik untuk kita menguatkan tunjang diri kita. Penghayatan kita terhadap sekeliling membantu kita membuka mata hati dan memandang dunia dengan jiwa yang terbuka.
Mencari ketenangan ialah dengan menerima apa jua yang hadir dalam kehidupan kita dengan keadaan bersedia dan tidak menolak apa jua kemungkinan.
Kalau dihitung pengalaman hidup yang sedikit ni, aku rasa sepatutnya rambut aku dah lama botak! Bila aku memikir kembali rentetan hidup aku, teringat pada sebuah syair Arab:

Aku pohonkan ketenangan,
Diberikan kekalutan
Ibarat hujan, ribut dan taufan,
Aku marah-marah dan kecewa...
Namun selepas reda hujan, ribut dan taufan
Menjelmalah si Pelangi...

Apakah petunjuk dan pedoman yang aku cari, aku sendiri tidak tahu dalam bentuk apa ia akan tiba. Jelas sekali setelah selesai segala kekalutan dan kemelut itu, barulah nilai petunjuk boleh membantu aku menjejak pedoman dalam diri aku.


Add comment


Saturday, 9-Aug-2008 11:11 Email | Share | | Bookmark
KELISA KU

 
Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia.

Ikan Kelisa Emas amat popular dalam kalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan kerana pergerakannya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.

Ikan Kelisa Emas termasuk dalam marga Sclerophages, suku Osteoglossidae, dan bangsa Malacopterygii, dengan klasifikasi lengkap:

Filum : Chordata Anak filum : Vertebrata Kelas : Pisces Anak kelas : Teleostei Bangsa : Malacopterygii Suku : Osteoglossidae Marga : Sclerophages Jenis : Sclerophages formosus

Minat baru saya telah beralih arah kepada ikan Kelisa ini setelah pelbagai ikan dipelihara sebagai hobi sebelumnya. Kata orang (memang betul pun), nak memelihara ikan spesis Arowana/Kelisa ni perlukan banyak 'pengorbanan'. Sebabnya ikan ni banyak kerenahnya kalau silap percaturan menjaganya. Apa orang nak kata, pedulikan...ikan ini memerlukan kos penjagaan yang agak tinggi kerana ianya hanya memakan umpan/makanan hidup...3 hari sekali aku keluar mencari anak-anak ikan hidup untuk dijadikan makanannya(RM 5/RM 10 sekali beli)..hampir 2 tahun aku memelihara ikan ini dari sebesar kelingking waktu itu(RM 175) aku beli sehinggalah hampir sebesar lengan..tetapi akhirnya aku terpaksa pasrah kerana akhirnya ikan kelisa ini mati kerana lambat tukar air akuarium yang sudah dicemari.


ikan kelisa aku pon mati jugak, minggu lepas.
sedey
Sun 10-May-2009 10:09
Posted by:bai  - [Link]
Add comment


Tuesday, 5-Aug-2008 05:23 Email | Share | | Bookmark
Laman WEB Terbaru Daripada Shamazaf

Link Terpilih
Muka Taip Depan
Masih Dalam Pembikinan..Sila Tunggu Kemunculannya Nanti!




Add comment


Sunday, 3-Aug-2008 17:01 Email | Share | | Bookmark
JOM Belajar EDIT Gambar

Edit By Shamazaf
Contoh Kad Raya
Pada hari ini saya mengikuti kursus Adobe Photoshop anjuran pihak sekolah yang dikendalikan pihak luar bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Kursus ini dihadiri oleh 2 orang wakil setiap jabatan termasuk guru kanan dan bonda pengetua. Memang kalau nak dikira jangka waktu sebenar untuk memahirkan diri menguasai program ini mengambil masa selama 3 bulan tetapi kami hanya dalam masa 8 jam sahaja. Bolehlah dikatakan dapat menguasai kemahiran asas dah cukup cuma perlu kreatif dalam penghalisan karya lukisan menggunakan program ini menurut penceramah tadi. Gambar ini hanyalah hasil pertama saya yang tak seberapa...mencuba apa yang diajar pada hari ini, mungkin suatu hari nanti bolehlah hasilkan karya yang lebih menarik lagi...kepada kawan-kawan yang tak ikut kursus ni..rugilah..bukan senang nak dapat ilmu..




macam Hang Tuah ngan Tun Teja Mon 4-Aug-2008 07:06
Posted by:musafir sufi  - [Link]
Wah!!!!! Tahniah cikgu Hisham....Terlewat??? xpa....yg penting sy da congrates cikgu...hehehehe
kirim salam ngn cikgu 1 family.
Jasa mu dikenang...
Fri 25-Sep-2009 13:35
Posted by:Veronica Alexander
Add comment


Thursday, 31-Jul-2008 17:25 Email | Share | | Bookmark
RENTAS SEKOLAH SIAPA JUARA ?

Rentas 1
Rentas 2
Rentas 3
View all 6 photos...
Pada 31 Julai 2008 SM Sains Miri telah mengadakan pertandingan RENTAS SEKOLAH antara rumah yang telah tertangguh dua kali sebelum ini akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Pada hari ini acara berjalan dengan lancar tetapi timbul tanda tanya siapakah JUARA yang sebenarnya? Adakah JUARA yang bakal dinobatkan nanti betul-betul layak? Ini kerana berlaku keraguan daripada pihak penganjur untuk menentukan JUARA yang sebenar ekoran tindakan segelintir pelajar yang memprotes keputusan panel hakim kerana dikatakan ada sesetengah pelajar yang keliru dan mungkin juga ada yang bertindak di luar dugaan untuk menobatkan RUMAH mereka sebagai JUARA keseluruhan. Sehingga kini pihak penganjur belum lagi memutuskan siapakah JUARA yang sebenar. Harapan penulis pada masa akan datang diadakan pertandingan ini dengan lebih sistematik lagi terutama dalam proses penentuan JUARA supaya tindakan kita dianggap TELUS dan ADIL.




Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com